Thursday, 8 November 2012

Majlis Khatam al-quran & anugerah cemerlang 2012


7 NOVEMBER 2012 -  SRA Al-Baihaqi telah mengadakan Majlis Majlis Khatam Al-Quran dan Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan SRA Al-Baihaqi,Desa tasik Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Majlis tersebut diadakan bertujuan menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang selain menjadi platform untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga SRAAB dengan ibubapa dan penjaga.

Majlis ini merupakan program tahunan sekkolah yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rizalman bin Dato' Hj Mokhtar, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga turut dihadiri oleh En Hj Mohd Sidin sekalu Aahli Jawatankuasa Sekolah dan kakitangan SRAAB serta para tetamu jemputan yang terdiri daripada Rukun Tetangga dan juga ibu bapa serta penjaga.
Pada majlis tersebut, YBhg. Datuk Rizalman bin Dato' Hj Mokhtar telah menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSRA dan Tokoh Pelajar 2012.

.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam pelajaran dan semoga dapat teruskan lagi usaha gigih yang telah di usahakan.


Jom tengok gambar2 kat majlis 2.........